Persatuan Penanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak (DOPPA) mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.<br /><br />Menerusi satu kenyataan pada Isnin, DOPPA menyatakan kesediaan bekerjasama dengan kementerian dalam beberapa isu melibatkan semua pekebun kecil Dayak di Sarawak.